Monday 12 March 2012

Elemen 1 kerja kursus sejarah PMR 2012

- Buat atau pilih empat sahaja
- biasanya kita pilih majalah / buku / akhbar / internet


a. buku / majalah / jurnal

- cari buku berkaitan dengan tajuk kita
- tunjukkan guru sama ada sesuai atau tidak
- kalau sesuai
- photostat muka depan
- phostat muka dalam yang ada nama pencetak dan tahun cetakan
- photostat mukasurat yang ada kaitan dengan tajuk tugasan
- catatan - majalah yang sesuai
- biasanya yang resepi cikgu tak bagi sebagai rujukan


b. akhbar

- cari maklumat yang sesuai dengan tajuk
- photostat bahagian yang ada cerita tentang tajuk
- mesti ada pernyataan
- kalau gambar sahaja - mungkin tak diterima
- masukkan / potongkan juga tarikh surat khabar diambil dan dari surat khabar mana


c. orang sumber

- pergi ke tapak perushaan
- temuramah pengusaha
- buatkan tarikh / tempat / masa temu ramah
- trasnskrip temuramah disediakan
- kalau boleh panjang lebih 2 muka / langkau 2 baris
- soalan ada kaitan dengan hasil kajian


d. internet

- cari kat internet tentang tajuk kita
- web wikipedia .com boleh jadi bahan rujukan yang sesuai
- print apa yang kita dapat
- tanya cikgu boleh atau tidak
- pastikan ada cetakan http pada hasil cetakan kita
- jangan potong-potong hasil internet tu


e. melawat tempat kajian

- pergi ke tapak perusahaan
- ambil gambar di sign board/ papan tanda niaga pengusaha
- tuliskan tarikh lawatan / masa / tempat
- ambil gambar proses pembuatan bahan / produk.

Panduan membuat kerja kursus sejarah PMR 2012 :)

Tugasan 1

Anda ditugaskan membuat kajian berkaitan produk tempatan yang terdapat di negara kita, Malaysia berdasarkan satu daripada tajuk berikut :

i. makanan
ii. pakaian
iii. kraf tangan
iv. pertukangan ( kerja kayu atau kerja logam )


Ulasan awal saya
- kalau nak buat kerja kursus dengan lebih mudah cari mana-mana pengusaha makanan / pakaian / kraftangan / tukang yang berdekatan dengan tempat anda

- perkara ini akan memudahkan kita membuat kajian terutama dalam hal kaedah melawat tempat kajian

- jadi kita boleh gunakan ia sebagai satu daripada bahan untuk elemen 1
  • - contoh produk makanan rasanya ialah pengeluaran kerepek
  • bahulu /
  • dodol /
  • mi /
  • kicap /
  • budu /
  • cencalok /
  • mi siput /
  • kuih raya
  • pau
  • roti
  • dll yang sesuai
  • ciri sama - ada sejuk beku / ada sistem packing/ pembungkusan /jualan secara atau skala besar
- bagi pakaian agak susah sikit kerana tidak semua tempat ada mengeluarkan produk jenis ini. Kalau kawasan tempat tinggal anda ada perushaan pakaian ( buat baju kurung / baju Melayu / blazer / kot / baju korporat / t shit pelajar / pakaian seragam ) boleh anda buat bahagian / tajuk ini

- kraftangan ialah tajuk yang paling senang kerana banyak tempat ada benda ini macam perushaan batik / songket / songkok / keris / tikar / alatan berasaskan buluh , kraftangan daripada rotan / kraftangan daripada kertas surat khabar dll.

- Pertukangan kayu atau logam agak susah sebab tak banyak yang ada.

- Jadi kesimpulan apa yang dibuat ialah cari tempat dulu yang sesuai barulah pilih tajuk

- Jarak juga memainkan peranan

- Kalau pengusaha itu nakkan surat daripada sekolah biasanya pihak sekolah akan sediakan awal-awal lagi untuk semua pelajar – kena rujuk cikgu sejarah tingkatan 3

Friday 6 January 2012

Cupcakes ! omg ! haha



assalamualaikum ! hai,haha,nak tanya ni,semua suka makan cupcakes takk ? Saya suka sangat. Saya suka cupcake, especially yang tomei2 belaka, hahah.. korang nak tengok gambar cupcake yang best takkk??? Rasa macam nak makan semua je, Lol!















ohhmygosshh,cupcake cupcake kat atas tu semua sedap ohh,rasa macam nak makan semua je..macam larat -..- hmm,bagi sesiapa yang nak belanja cupcake tu belanja lah titeww sekali..hihi :3
hmm,okaylahh,bye :DD
assalamualaikum :)

Hari Sekolahh -.-




hai hai hai,assalamualaikum..dah lama rasanya tak update blog,biasalahh budak PMR memey macam ni,haha,nak cewita pasal first day sekolahh,tapi harini terasa macam dah ketinggalan zaman je..almaklumlahh dah third day sekolah -..- tapikan,nak tahu tak ? tahun ni,rasa macam semua cikgu garang ohh,tapi bagus lahh,kata nak PMR,kena lahh strict sikit,ye dok ? haha.. so,macam mana sekolah tahun ni ? best takk ? haha,mesti best..jumpa kawan kawan yang disayangi     balik,haha,disayangi sangat ke ? pape jelahh,, serious ohh time ni taktahu nak tulis apa..tapi tangan gatal nak menaip.. :)

hmm,okaylah..byebyee

 assalamualaikum :) smile,smile !! haha ..

  





Tuesday 3 January 2012

I just crush a lot,but I'm not a PLAYER !!



Hai,assalamualaikum :) harini saya nak cerita pasal crushh..sebenarnya saya nak tanya ni,salah ke kalau ada banyak crush ? hmm,bagi saya macam tak je,sebab kita suka je,bukan couple pun..kita just admire kat orang tu..tapi kalau bagi korang..tak tahu lahh en :) orang lain,pendapat mesti lain kann ?

Sebenarnya saya nak mengaku yang saya ni memang banyak crushessss,tak caye tanya kawan saya,tapi watlek ah crush je,bukan boyfriend..so jangan salah faham,saya punya crush..hmm,termasuk artis artis korea lagi,memang ah banyak,tapi kalau kat sekolah pun banyak,tapi takde lah banyak sangat,still boleh kira dengan tangan,haha :D


saya taktahulahh kalau ada orang marah kalau ada banyak crushessss kan,tapi mesti ramai lagi kan yang ada banyak crush,lagi pun kita suka crushesss kita suka suka je kann ? haha x)

sebenarnyakann..saya tahu lahh saya tak perfect,haha,so mesti lah banyak buat salah..semua orang tahu "NOBODY PERFECT" right ? so,kalau saya ada salah,please bagitahu saya,jangan cerita belakang,haha,saya tak cerita pasal sape sape pun..just nak bagitahu je..hihi :3


haha,benda atas ni,saje je letak..sebab ayat dia macam best je..
*jangan marah tau time baca ni,sebab saya tulis je,bukan nak sakitkan hati sesiapa tauuu !!
hmm,okaylahh....bye,assalamualaikum :DD




Monday 2 January 2012

Happy Birthday to you !!

Assalamualaikum :) haha,harini dah 2/1/2012 dah..haha,pape pun kan semalam kan 1/1/2012..so tu birthday ayah saya..tapi saya tak dapat nak wish kat dia pun,nak bagi hadiah pun ta bolehh..haha,faham faham je lahh ya?

   So,bila saya tak dapat wish ni..saya rasa sedih lahh..haha,so,pada petang 1/1/2012..saya and family saya pergi melawat kubur arwah ayah saya..hmm,taktahu nak cakap apalahh kan,ni first birthday dia kitaorang tak dapat celebrate sama sama..semua orang gembira bila new year tapi tak bagi saya..bagi saya new year takde pape pun..hihi :3

   Dulu time ayah saya ada lagi,dia selalu cakap yang birthday dia takpayah celebrate sebab dah ramai dah orang celebrate birthday dia,haha,perasan je,padahal orang tengah celebrate new year -..- bila kitaorang kat kubur tu,kita orang sedekahkan al-fatihah,then baca yassiin sama sama..

   Bila saya ingat balik time ayah saya meninggal dulu,memang tak terkata lahh,saya takde pun kat sisi arwah time tu..just adik saya je..haha,malas nak cerita panjang,nanti ada yang habis satu kotak tisu kat sini kang -.-

   Saya rindu gila kat arwah ayah saya,saya dah lama tak dengar suara dia,lawak dia,gurau dia,saya rindu nak dengar dia marah saya dengan adik saya..sebenarnya dulu saya suka bergaduh dengan ayah saya..bukan bergaduh macam KL Gangter tu,kitaorang bergaduh manja..debat debat..haha,takde kerja..

   Tiga atau empat hari sebelum ayah saya meninggal,saya ada terjatuh motor dengan ayah saya kat depan sekolah,saya malu gila time tu,saya marah ayah saya..tapi ayah saya senyum je,tapi saya marah pun bukan marah gila,marah ngada ngada :3 pastu bila dah blah dari sekolah tu,ayah saya nak buat U-turn,tapi dia pegang motor pun macam tak kuat..saya pun fikir lahh apahal dengan papa ni..

   Then,bila sampai rumah,ayah saya nak park motor,then motor macam nak jatuh,saya tanya ayah saya.." kenapa dengan papa ni? semua benda nak jatuh"..tapi dia senyum je,cakap taktahu -.- bila masuk rumah,dia nak bukak jam,then dia nak letak jam tu atas meja,jam tu jatuh,sampai pecah sikit jam tu punya screen apa benda tahh .. boleh dikatakan satu hari tu,dia pegang barang semua jatuh..malas nak cerita kat sini,hihi..rupa rupanya tu petanda dia dah tak kuat..




   Malam sebelum dia meninggal pulak,saya still ingat lagi,dia macam dah tak banyak cakap,sebelum ni pokpek pokpek pokpek je..haha,dia dah tak bergurau,bergaduh dengan saya lagi..tak suruh saya ambil tu ambil ni..dia diam je..bila saya online lama lama,dia tak marah pun,selalunya dia suruh tidur awal,jangan online lama lama..tapi kali ni,dia senyap je..saya pun taktahu apa apa...

   Pada pagi hari sebelum dia meninggal tu,iaitu hari sabtu 23/7/2011..saya langsung tak jumpa dia..pagi saya bangun dia dah takde sebab pergi hantar adik sekolah sebab adik ada kelas tambahan..mak saya pun tak sempat jumpa dia..just dengar suara dia je suruh jangan bangun siapkan adik saya,biar ayah saya je yang buat,selalunya mak saya kena bangun awal..siap kan itu ini,macam mak korang jugak kan? haha..so,bila mak saya bangun pagi tu,ayah saya dengan adik saya dah takde,dorang dah bertolak..pastu,mak saya pun kejutkan saya pagi tu..


   Bila dah lama,dalam pukul 8 pagi lebih,mak saya risau jugak,kenapa ayah saya tak balik balik lagi ni,dahlah kunci rumah ada satu je,pastu ada kat ayah..aigoo,lagi masalahh..tetiba dua orang polis datang cakap ayah saya critical kat hospital..kitaorang pun siap siap and keluar dari rumah tu dengan melalui tingkap sebab kunci takde..time otw pergi hospital tu,saya boleh gelak gelak lagi,sebab ingatkan ayah saya takde lahh serious sangat,sebab sebelum ni pun dia pernah masuk wad lahh,ICU lahh,haha,sebab dia ada sakit jantung..tapi okay je,masuk wad bape kali pn still taknak operation..degil -..-


   Pastu bila sampai kat hospital terus pergi wad kecemasan and kitaorang nampak adik saya,dia taktahu apa apa pun..dia senyum time kitaorang datang,rupa rupanya ayah saya dengan adik saya accident time nak hantar adik saya pergi kelas tambahan..ayah saya tiba tiba terkena serangan jantung and terus terbabas and jatuh motor ..

   Adik saya tak cedera pun..so,doctor and nurse pun suruh masuk and bagitahu yang ayah saya tak dapat diselamatkan walaupun dah diberi bantuan pernafasan selama satu jam..mula mula saya tak dengar,saya nampak mak dengan nenek saya terduduk..and nangis,saya peliklahh,so saya tanya nurse and nurse pun macam nak nangis bagitahu ayah saya blablabla..saya dengan adik saya pun nangis kat situ,nurse dengan doctor pun join sekali,haha :) bila tengok jenazah ayah saya,hati saya berkecai,saya dah takde ayah..muka dia ada luka sikit kat pipi belah kanan,menurut nurse ayah saya turut ada luka kat lutut dengan paha belah kanan..sebab dorang jatuh motor kekanan..ayah saya meninggal pada umur 37 tahun,haha :)


   Saya time tu nangis tak ingat dunia dah..saya memang tak sangka saya jatuh motor dengan ayah saya haritu macam dah jadi petanda semua ni akan berlaku.. :'( so,malam tu lepas maghrib ayah saya selamat dikebumikan,selepas lama menunggu nenek saya yang sorang lagi dari Terengganu datang ke KL untuk melihat jenazah anaknya..bila saya ingat benda ni,saya memang nangis..time saya tulis ni pun saya nangis..walaupun pukul 3 pagi lebih still ada feel untuk nangis,haha..walaupun kat atas tadi saya ada gelak gelak ke,buat lawak ke..saya saje je,haha,so jangan fikir saya tak sedihh..okay :)

   #Sebenarnya..pada bulan ogos 2011,ayah dan mak saya nak buat appointment untuk operate ayah saya,sebab doktor kata hanya pembedahan je yang boleh selamatkan ayah saya sebab sakit jantung dia memang dah kritical..tapi tak sempat nak buat operation tu,sebab dah tiba ajal dia,haha,dalam family ayah saya,dia adik beradik kedua yang meninggal dunia disebabkan sakit jantung,sebelum ini,abang ayah saya,iaitu pakcik saya..and now dia..sakit ni sebenarnya dari keturunan dia..alhamdulillah,saya dengan adik saya takde penyakit jantung ni,kalau tak,taktahu lahh den ni -.-

   Apa apa pun,marilah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada semua umat Islam yang telah meninggalkan kita,semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang orang yang beriman..insyaAllah :DD


hahaa,okay,dah habis dah cerita :) jom senyum balik nak ?


hmm,okaylahh,bye korang :) senyum selalu tauu! haha
assalamualaikum :D