Monday 12 March 2012

Elemen 1 kerja kursus sejarah PMR 2012

- Buat atau pilih empat sahaja
- biasanya kita pilih majalah / buku / akhbar / internet


a. buku / majalah / jurnal

- cari buku berkaitan dengan tajuk kita
- tunjukkan guru sama ada sesuai atau tidak
- kalau sesuai
- photostat muka depan
- phostat muka dalam yang ada nama pencetak dan tahun cetakan
- photostat mukasurat yang ada kaitan dengan tajuk tugasan
- catatan - majalah yang sesuai
- biasanya yang resepi cikgu tak bagi sebagai rujukan


b. akhbar

- cari maklumat yang sesuai dengan tajuk
- photostat bahagian yang ada cerita tentang tajuk
- mesti ada pernyataan
- kalau gambar sahaja - mungkin tak diterima
- masukkan / potongkan juga tarikh surat khabar diambil dan dari surat khabar mana


c. orang sumber

- pergi ke tapak perushaan
- temuramah pengusaha
- buatkan tarikh / tempat / masa temu ramah
- trasnskrip temuramah disediakan
- kalau boleh panjang lebih 2 muka / langkau 2 baris
- soalan ada kaitan dengan hasil kajian


d. internet

- cari kat internet tentang tajuk kita
- web wikipedia .com boleh jadi bahan rujukan yang sesuai
- print apa yang kita dapat
- tanya cikgu boleh atau tidak
- pastikan ada cetakan http pada hasil cetakan kita
- jangan potong-potong hasil internet tu


e. melawat tempat kajian

- pergi ke tapak perusahaan
- ambil gambar di sign board/ papan tanda niaga pengusaha
- tuliskan tarikh lawatan / masa / tempat
- ambil gambar proses pembuatan bahan / produk.

Panduan membuat kerja kursus sejarah PMR 2012 :)

Tugasan 1

Anda ditugaskan membuat kajian berkaitan produk tempatan yang terdapat di negara kita, Malaysia berdasarkan satu daripada tajuk berikut :

i. makanan
ii. pakaian
iii. kraf tangan
iv. pertukangan ( kerja kayu atau kerja logam )


Ulasan awal saya
- kalau nak buat kerja kursus dengan lebih mudah cari mana-mana pengusaha makanan / pakaian / kraftangan / tukang yang berdekatan dengan tempat anda

- perkara ini akan memudahkan kita membuat kajian terutama dalam hal kaedah melawat tempat kajian

- jadi kita boleh gunakan ia sebagai satu daripada bahan untuk elemen 1
  • - contoh produk makanan rasanya ialah pengeluaran kerepek
  • bahulu /
  • dodol /
  • mi /
  • kicap /
  • budu /
  • cencalok /
  • mi siput /
  • kuih raya
  • pau
  • roti
  • dll yang sesuai
  • ciri sama - ada sejuk beku / ada sistem packing/ pembungkusan /jualan secara atau skala besar
- bagi pakaian agak susah sikit kerana tidak semua tempat ada mengeluarkan produk jenis ini. Kalau kawasan tempat tinggal anda ada perushaan pakaian ( buat baju kurung / baju Melayu / blazer / kot / baju korporat / t shit pelajar / pakaian seragam ) boleh anda buat bahagian / tajuk ini

- kraftangan ialah tajuk yang paling senang kerana banyak tempat ada benda ini macam perushaan batik / songket / songkok / keris / tikar / alatan berasaskan buluh , kraftangan daripada rotan / kraftangan daripada kertas surat khabar dll.

- Pertukangan kayu atau logam agak susah sebab tak banyak yang ada.

- Jadi kesimpulan apa yang dibuat ialah cari tempat dulu yang sesuai barulah pilih tajuk

- Jarak juga memainkan peranan

- Kalau pengusaha itu nakkan surat daripada sekolah biasanya pihak sekolah akan sediakan awal-awal lagi untuk semua pelajar – kena rujuk cikgu sejarah tingkatan 3