Monday 12 March 2012

Panduan membuat kerja kursus sejarah PMR 2012 :)

Tugasan 1

Anda ditugaskan membuat kajian berkaitan produk tempatan yang terdapat di negara kita, Malaysia berdasarkan satu daripada tajuk berikut :

i. makanan
ii. pakaian
iii. kraf tangan
iv. pertukangan ( kerja kayu atau kerja logam )


Ulasan awal saya
- kalau nak buat kerja kursus dengan lebih mudah cari mana-mana pengusaha makanan / pakaian / kraftangan / tukang yang berdekatan dengan tempat anda

- perkara ini akan memudahkan kita membuat kajian terutama dalam hal kaedah melawat tempat kajian

- jadi kita boleh gunakan ia sebagai satu daripada bahan untuk elemen 1
  • - contoh produk makanan rasanya ialah pengeluaran kerepek
  • bahulu /
  • dodol /
  • mi /
  • kicap /
  • budu /
  • cencalok /
  • mi siput /
  • kuih raya
  • pau
  • roti
  • dll yang sesuai
  • ciri sama - ada sejuk beku / ada sistem packing/ pembungkusan /jualan secara atau skala besar
- bagi pakaian agak susah sikit kerana tidak semua tempat ada mengeluarkan produk jenis ini. Kalau kawasan tempat tinggal anda ada perushaan pakaian ( buat baju kurung / baju Melayu / blazer / kot / baju korporat / t shit pelajar / pakaian seragam ) boleh anda buat bahagian / tajuk ini

- kraftangan ialah tajuk yang paling senang kerana banyak tempat ada benda ini macam perushaan batik / songket / songkok / keris / tikar / alatan berasaskan buluh , kraftangan daripada rotan / kraftangan daripada kertas surat khabar dll.

- Pertukangan kayu atau logam agak susah sebab tak banyak yang ada.

- Jadi kesimpulan apa yang dibuat ialah cari tempat dulu yang sesuai barulah pilih tajuk

- Jarak juga memainkan peranan

- Kalau pengusaha itu nakkan surat daripada sekolah biasanya pihak sekolah akan sediakan awal-awal lagi untuk semua pelajar – kena rujuk cikgu sejarah tingkatan 3

No comments:

Post a Comment